Khamis, 27 Disember 2012

Sumbangan Tamadun Dunia


Sistem Demokrasi
-tamadun YUNANI mewariskan Sistem Pemerintahan Demokrasi
-rakyat terikat dengan pembentukan kerajaan

Sistem Republik
-kerajaan ROM mewariskan Sistem Republik
-Sistem Republik diamalkan di India,Perancis,Afrika
-Rakyat terikat dalam pemilihanketua negara iaitu Presiden

Agama & Falsafah
-agama HINDU,BUDDHA,AJARAN CONFUCIANISME,TAOISME merupakan warisan yang diamlkan hingga hari ini
-ilmu falsafah LEGALISME,STOICISME,FALSAFAH ARISTOTLE,SOCRATES,PLATO,menjadi rujukan ahli falsafah moden

Seni bina,Sains & Teknologi
-teknologi pembinaan AQUADUCT,COLLOSEUM,PANTHEON,TEMBOK BESAR CHINA,STUPA,CANDI,PAGODA
-tamadun CHINA mewariskan teknologi kertas & tembikar
-teknologi yang berkaitan matematik,astronomi,fizik,perubatan seni bina

Kesusasteraan
-hasi sastera masih menjadi rujukan contohnya ILLIAD,ADYSEY,MAHABRATA,RAMAYANA
-tamadun China meningglkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia,kisah perjalanan dan maklumat geografi

Bahasa
-LATIN & SANSKRIT merupakan bahasa penting yang berkaitan dengan agama
-LATIN-KRISTIAN
-SANSKRIT-HINDU

Sosial
-sistem pendidikan diteruskan dan diubahsuai
-pengenalan sistem peperiksaan

Sukan
-menyumbang kepada kelahiran sistem OLIMPIK
-pertandingan diadakan di OLYMPIA
-negara kota bersaing ialah ATHENS,SPARTA,CORINTH,THEBES,OLYMPIA,ARGOS
-berTujuan menghormati TUHAN ZEUS
-berbeza dengan sukan olimpik moden dari segi aspek tujuan,bilangan peserta dan bilangan acara dipertandingkan

Sejarah Tamadun Yunani Yang Hebat

Krisis Ekonomi Greece





Tamadun Yunani merupakan antara tamadun awal yang muncul sebagai kuasa besar ribuan tahun yang lalu. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja).



Tamadun Yunani juga banyak melahirkan pemikir2 ulung seperti Socrates, Plato dan Aristotle yang menjadi rujukan2 khusus ahli falsafah sehingga kini. Namun sejarah tetap tertulis cantik dan indah, bagi mengekalkannya amat sukar tetapi sekadar menjadi tatapan dan buku kisah lampau semata. Greece negara kecil yang pernah membangun sebagai rujukan tamadun dunia bergolak akibat krisis ekonominya yang merudum teruk sehingga mencapai aras muflis. Salah satu punca utama adalah sikap boros kerana Greece pernah menjadi lambang kekayaan dan kehidupan mewah apabila berada di tangga ke 31 kedudukan ekonomi tertinggi di dunia.

Greece mempunyai jumlah hutang yang hampir mustahil dibayar iaitu sekitar RM1.48 trilion (data 2008) menyebabkan negara-negara seperti Portugal, Sepanyol dan Italy untuk menerima masalah yang sama. Kebimbangan semakin memuncak dek kerana penarafan hutang luar Greece diturunkan ke tahap `sampah’ oleh Standard & Poor’s dan krisis hutang Greece menjadi tidak terkawal. Hakikatnya, masalah Greece sudah lama diketahui kerana dasar berbelanja yang besar, termasuk mengadakan Sukan Olimpik pada 2004 (RM34 bilion dibelanjakan) yang gah tetapi merugikan (Sukan Olimpik pertama dalam zaman moden iaitu 1896 juga diadakan di Greece).

Gelandangan (kehidupan jalanan tanpa rumah)

Pengurus Yayasan Abbe Pierre dan seksyen sosial Palang Merah Perancis, dua organisasi yang menguruskan hal orang gelandangan di Greece berkenaan memberitahu, jumlah gelandangan telah meningkat dari 130,000 ke 150,000 pada awal tahun 2011, iaitu lebih 100,000 dari tahun 2008. Dahsyat! Angka yang menakutkan apabila terbayang2 kalau kita mengalami kehidupan di jalanan tanpa rumah dan tempat menginap yang baik, jauh sekali untuk menaip2 blog lagi...
Selalu manusia terleka dgn keagungan sejarah lalu, walaupun begitu tidak salah terus menjadi sejarah kegemilangan sebagai tanda aras masa kini tetapi tidak mustahil juga kegemilangan mudah sahaja diroboh angkara kezaliman pemimpin sendiri. Apakah Malaysia mengambil ikhtibar daripada kisah negara bersejarah Greece yang sedang bertarung nyawa dengan lautan hutang yang terus melemaskan mereka?

5 Tempat Bersejarah Di Malaysia

                      

Entri kali ini akan menyingkap serta memberi sedikit maklumat mengenai 5 tempat bersejarah yang menarik untuk di lawati sekitar Malaysia.

Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.
LEMBAH BUJANG
Tambah kapsyen

  • Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.
  • Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi, Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China.
  • Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di sinilah tempat yang bagus untuk dilawati
  • Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara, runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI
 

  • Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi
  • Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau
  • Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang seri.
  • Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak digunakan.
  • Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta menempatkan artifak yang bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)
 

  • Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada sebarang serangan luar
  • Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada masa dahulu
  • Sebuah taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirikan di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan pemandangan pelancongan popular di pulau hari ini

BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)
 

  • Terletak di Kuala Selangor, Selangor
  • Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala sungai Selangor, menghadap selat Melaka dan Sumatra, Indonesia
  • Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung
  • Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api, beberapa meriam lama, makam Sultan dan kerabat diraja, batu pancung dll.

KOTA A FAMOSA
 

Zaman Prasejarah Di malaysia

 

Zaman logam

( bermula kira-kira 4000 tahun dahulu )

Kegiatan

  1. menjalankan perdagangan secara tukar barang
  2. menggunakan alat logam yang diperbuat daripada besi dan gangsa
  3. berburu, bercucuk tanam, menternak binatang dan menangkap ikan
Lokasi di Malaysia
  1. Gua Harimau, Perak
  2. Changkat Menteri, Perak
  3. Sungai Tembeling, Pahang
Ciri-ciri penempatan
  1. hidup menetap
  2. mempunyai adat resam
  3. sesetengah yang masih tinggal di dalam gua


  1. berdagang
  2. bercucuk tanam
  3. mencipta peralatan tembikar dan barang-barang kemas
  4. menternak dan menangkap ikan
  5. berburu dan memungut hasil hutan
  6. penggunaan beliung dan pemukul kulit kayu
Lokasi di Malaysia
  1. Bukit Tengkorak, Sabah
  2. Gua Cha, Kelantan
Ciri-ciri penempatan
  1. hiidup dalam sistem masyarakat
  2. sesetengah masih tinggal di gua atau berhampiran sungai
  3. mengguna alat batu yang halus buantannya dan lebih ekok

  1. memburu
  2. memungut hasil hutan
  3. cara hidup sara diri
  4. penggunaan alat batu dalam kehidupan seharian

Lokasi di Malaysia
  1. Guan Niah, Sarawak
  2. Tingkayu, Sabah
  3. Kota Tampan, Perak
  4. Bukit Jawa dan Bukit Bunuh, Perak

Ciri-ciri penempatan
  1. hidup berpindah-randah
  2. tinggal di kawasan terbuka di dalam gua dan di sekitar tasik
 

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

PARAMESWARA





Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
Para sejarawan berstuju bahawa pengasa Kesultanan Melayu Melaka iaiah Parameswara. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada sekitar tahun 1400.

Kedatangan Parameswara

Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, muncul pula kerajaan Majapahit. Kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasik. Penguasaan Majapahit ditentang oleh raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Parameswara berusaha membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya telah berundur ke Temasik.

Di Temasik, Parameswara dan pengikutnya telah disambut baik oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temasik pada ketika itu berada di bawah naungan Siam. Parameswara dapat menjangka bahawa Temasik akan berkembang maju.

Wawasan Parameswara ini adalah berdasarkan kedudukan Temasik yang strategik. Parameswara berusaha menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemerintah Temasik kerana Temasik pernah menjadi naungannya. Setelah membunuh Temagi, Parameswara berusaha memajukan Temasik supaya kegemilangan kerajaan Srivijaya dapat diwujudkan semula.

Pembunuhan Temagi oleh Parameswara menyebabkan kerajaan Siam ingin menuntut bela dan kerajaan Majapahit cuba untuk menaklukinya. Untuk mengelakkan serangan daripada kerajaan Siam dan Majapahit, Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara. Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu, Orang Laut, dan Orang Asli. Parameswara berpendapat bahawa kedudukan tempat tersebut amat baik kerana berhampiran dengan laut yang menjadi tempat laluan kapal dagang. Bekalan air bersih juga mudah diperoleh.

Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pelayar dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka. Pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan pelindung semula jadi. Angin monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.

ASAL USUL NAMA MELAKA

Berasal daripada Nama Pokok

Menurut Sejarah Melayu, semasa Parameswara sedang berehat di bawah pokok Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa pelanduk menendang anjing perburuannya. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengkalahkan anjing. Oleh it, Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka sempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat.

Berasal daripada Istilah Arab

Nama Melaka juga dikatakan berasal daripada perkataan Arab. Pedagang-pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama "Mulaqah" yang bermaksud pertemuan. Selain itu, Melaka juga disebut sebagai "Malakat" iaitu "perhimpunan segala dagang".

Kegigihan Parameswara Membangunkan Kesultanan Melayu Melaka

Sistem Pemerintahan yang Teratur

Parameswara telah menyusun pentadbiran di Melaka supaya lebih teratur. Beliau telah melantik pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri, empat puluh orang bentara untuk menjalankan perintah raja, dan biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran diraja.

Kemudahan Pelabuhan

Parameswara bijak merancang dan gigih berusaha untuk memajukan Melaka melalui kegiatan perdagangan. Antara kemudahan yang disediakan ialah membaiki kapal, bekalan air bersih dan makanan, tenaga kerja, serta tempat penginapan khusus untuk para pedagang daripada pelbagai bangsa. Semua kemudahan ini penting bagi membolehkan mereka datang berniaga di Melaka.

Hubungan Diplomatik

Sebagai seorang pemimpin yang menitikberatkan keselamatan Melaka, Parameswara telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam. Langkah ini dapat mengelakkan Melaka daripada diserang oleh Kerajaan Siam dan seterusnya mengiktiraf kedaulatan Melaka.

Hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan China mula terjalin apabila laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan tahun 1409. Parameswara memohon perlindungan dari negara China. Melaka menjadi negeri naungan China dan bersetuju menghantar ufti. Kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor, dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China. Hubungan dua hala antara kerajaan Melaka dengan kerajaan China menyebabkan kerajaan Siam dan Majapahit tidak lagi berani mengancam dan menyerang Melaka.

Tamadun China

                                      

 
 
 
Latar belakang:
*terletak di lembah Hwang Ho dan meluas ke selatan China
*Dinasti Chia wujud pada tahun 221-206 s.m
*Maharaja Shih Huang ti merupakan pengasas Dinasti Chin
*nama sebenar ialah Raja Chen
*Beliau berjaya membentuk empayar yang luas sehingga ke sungai Merah di Vietnam
*Beliau menyatukan semua jajahan takluknya di bawah pentadbiran pusat

Pemerintahan & Pentadbiran:
-pemerintahan feudal bertukar kepada pemerintahan berpusat
-gelaran raja bertukar kepada maharaja
-pegawai kerajaan dilantik melalui sistem perkhidmatan awam
-melahirkan zaman empayar
-membentuk birokrasi awam
-perlantikan melalui pencapaian peperiksaan awam

Perundangan:
~berteraskan hukuman berat
~teras undang2 FALSAFAH LEGALISME
~diperkenalkan oleh ahli falsafah Han Fei Tzu
~undang2 tegas dapat mengawal tingkahlaku manusia
~kuasa raja mesti utuh
~penguatkuasaan dipelihara dalam apa juga keadaan
~bertentangan dengan undang2 Confucius
~menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian masyarakat

Perluasan Kuasa:
*bermula pada zaman dinasti Chin
*semasa pemerintahan Shih Huan ti
*beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan di China
*memerintah secara autokratik
*kuasa bangsawan dihapuskan dan digantikan dengan gabenor dan panglima tentera
*tembok besar China dibina daripada serangan luar
*Kejatuhan Dinasti Chin menyebabkan Dinasti Han muncul
*maharaja Han Wu Tin pada zaman Dinasti Han meluaskan kawasan takluknya melelui angkatan tentera yang kuat

Ekonomi:
-Penciptaan tenggala
-penciptaan kolar kuda
-kelebihan kolar kuda China
-tanaman bergilir
-pembinaan teres
-pembinaan terusan
-jaringan jalan laut
-lokasi jalan sutera darat
-wujud sistem perhubungan
-kemunculan persatuan perdagangan
-kemuncualan alat pengankutan

Pendidikan:
>matalamat utama untuk lulus peperikasaan awam
>3 peringkat pendidikan
>pendidikan rendah tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci
>pendidikan di China untuk kepentingan pentadbiran

PEPERIKSAAN AWAM TAMADUN CHINA
=>tahap 1-setaraf ijazah pertama,dijalankan didaerah
=>tahap 2-setaraf dengan sarjana,dijalankan di ibu kota daerah
=>tahap 3-setaraf doktor falsafah,dijalankan di dalam istana
=>lulus tahap 1-boleh menjadi pegawai kerajaan
=>lulus tahap 2-layak menjadi pendidik
=>sistem peperikasaan awam China adalah yang tertua didunia
=>peperikasaan dikendalikan dengan ketat
=>orang yang meniru akan dihukum mati
=>pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan
=>calon ditempatkan disebuah bilik dan diberi makan
=>calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan

Sains & Teknologi
*penciptaan kertas
*konsep Yin & Yang